Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz

 
Tunku Ali Redhauddin mendapat pendidikan awalnya di sekolah Alice Smith Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom. 
 
Paduka YAM telah dianugerahkan biasiswa Cambridge Commonwealth Trust Fellowship and Sime Darby Scholarship dan menyambung pendidikannya di University of Cambridge pada tahun 1995 di dalam jurusan Sejarah, Sains Sosial dan Politik, di mana Paduka YAM mendapat kelulusan BA (Hons), pada tahun 1998.   Paduka YAM turut menghadhiri kursus anjuran University of Oxford.
 
YAM Tunku Ali memulakan kerjayanya sebagai konsultan di McKinsey & Company, United Kingdom pada tahun 1998 dimana Paduka YAM diberikan tugas mengendalikan projek-projek dalam industri minyak dan gas, institusi kewangan, teknologi dan telekomunikasi.
 
Ketika melaksanakan tugas sebagai konsultan di Mckinsey & Company, banyaklah pendedahan dan pengalaman yang ditimba sewaktu Paduka YAM menjalankan tugas di Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapore dan juga Malaysia.  Pada waktu yang sama, Paduka YAM berkhidmat di BZW Asia Ltd sebagai Summer Analyst, Corporate Finance.

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz

Tunku Zain Al -‘Abidin mendapat pendidikan awalnya di sekolah Alice Smith Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom.

 

Paduka YAM meneruskan pendidikannya di London School of Economics and Political Science di mana Paduka YAM lulus ijazah Bachelor of Science, Sociology & Goverment dan Masters in Science Comparative Politics, pada tahun 2004.

 



Yang Mulia Tengku Dato’ Seri Hasmuddin Bin Tengku Othman

Tengku Dato' Seri Hasmuddin berkelulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya dan merupakan rakan kongsi utama firma guaman Hisham, Sobri & Kadir.

 

Beliau aktif melibatkan diri dalam pelbagai aspek undang-undang terutamanya korporat, perbankan dan projek pinjaman, perbankan secara Islam, korporat muamalat dan litigasi dan merupakan peguam syariah yang aktif semenjak tahun 1989.

 



Yang Berbahagia Dato' Koay Soon Eng

YBhg Dato' Koay Soon Eng mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan (Perakaunan) dart Universiti Queensland, Australia pada tahun 1970. Beliau juga merupakan seorang akauntan yang bertauliah daripada Malaysian Institute of Accountants, seorang fellow Insititute of Chartered Accountants in Australia dan juga seorang Certified Practicing Accountant of CPA Australia.